Throwback- Egypt 2013

thumbnail

Assalamualaikum... salam sejahtera semua

First time aku nak tulis blog ni weiii... kalau ada salah dan silap tu mintak maap la yeee

Aku nak kongsi pengalaman aku (Adimz) bersama Apit mengembara ke Mesir pada bulan februari 2013...  Masing2 memang zero pasal Mesir ni... sampai kat Cairo Airport macam rusa masuk kampung... blurrr


Aku lerrr yang pakai baju merah tu (Adimz), sebelah tu Apit

Nasib baik awal2 aku dah kawtim dengan member yang belajar kat Universiti Al-Azhar... dia la yang jemput kitaorang... fuhhhh

Passport cover menarik

thumbnail
Kita pegi jalan-jalan kat tempat orang ni, passport kena jaga elok2. Kena hujan kan basah, hilang lagi lah haru.

Passport tu kena ada cover, baru nampak macam traveller kan. Ini satu contoh Passport cover yang menarik dan sesuatu untuk korang yang suka travel.

Kredit:

Azfirdmy Myza

Koh Lipe Snorkeling trip

thumbnail
Koh Lipe. Baru balik semalam. Air cantik. Cuaca panas. Best  stay di Gipsy. Bilik terrace 950thb per night. Return feri kuah to lipe rm236. Makan mahal so yg nak bajet kene pandai carik tempah makan. 

Anjing pulak bersepah2 tp mmg jenis x kacau org n buat hal sendiri aje. Kalau yang nak relaks2 i suggest to stay dekat sunrise beach. Haritu kitorang walk kn aje utk bilik. Bila compare dgn online price harga walk in lg murah. Massage sana sume standard price 300thb. Snorkeling trip pakej 1 550thb and pakej 2 650thb. Include lunch nasi goreng. 

For those yg sukekan pantai sini mmg best! Dok 2 malam x puas. Will definitely go back there for dive trip pulak 





Kembara UAE

thumbnail
United Arab Emirates merupakan destinasi pertama ziarah saya keluar dari bumi Malaysia. 
Saya perlu mengenali bumi Arab sebelum meneruskan perjuangan ke China.
Istimewanya saya membawa bersama kedua ibu bapa dan adik bersekali.

Kos terlibat:
Visa: Tiada
Hari: 6 
Flight MAS RM1800 two way x 5pax = RM7200
Ground: Accommodation & Transport = NA
Tiket (aktiviti MESTI CUBA kalau berada di UAE):
Underwater world: AED110 seorang
Floating Restaurant: AED55 seorang
Desert Safari: AED150 seorang
Global Village Abu Dhabi: AED10 seorang

Hari Pertama:
Sampai di Dubai Airport sekitar jam 5 pagi. Sempat solat subuh di surau airport. Cuaca agak dingin. Kami menginap di Ras Al Khaimah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di bahagian Utara UAE. 1 jam perjalanan berkereta merentas lebuhraya dihiasi pemandangan unta padang pasir. 
Di sebelah malamnya kami ke kawasan persekitaran Al Mamourah Road memborong minyak wangi dan saffron. Itu adalah program pertama yang paling penting. Pelbagai jenis minyak wangi yang harum semerbak sepanjang perjalanan.

 Pemandangan dari tingkap balkoni
Pemandangan pelabuhan RAS Al Khaimah dari tingkap dapur


 Sekitar Al Mourah Road yang dilimpahi haruman minyak wangi dan pelbagai kerlipan abaya tempah siap 24 jam

Saffron pelbagai gred

Hari Kedua:
Aktiviti santai. Melawat Burj Dubai dan Jumeirah Beach. Burj Khalifah. Dubai Mall. Underwater World di dalam Dubai Mall. Beri makan ikan dengan menaiki bot kecil di dalam akuarium.Tiket AED110 seorang. Di hadapan Souq Al Bahar ada pertunjukan dancing fountain yang dipenuhi ramai pengunjung. Ala-ala KLCC di Malaysia.

Big Bus Tours yang tak sempat nak naik. 


 Burj Dubai
Jumeirah Beach di belakang Burj Dubai

 Underwater World Dubai Mall 
- ramai pengunjung, tiada perbezaan dengan Aquaria KLCC, tetapi Aquaria KLCC lebih banyak dan lebih besar

 Burj Khalifa waktu malam dari arah Dubai Mall (Souq al Bahar)
Persembahan dancing fountain di Dubai Mall berhampiran Souq Al Bahar

Hari Ketiga:
Aktiviti Santai. Menziarahi lokasi emas perhiasan di Dubai City of Gold. Naif Market untuk melihat pelbagai cenderahati. Ala-ala Central Market di KL. Kami berjalan di lorong-lorong kecil mencari apa yang menarik untuk dibeli. Pada sebelah malamnya kami makan malam di Floating Restaurant. Sambil makan menikmati cruise sepanjang sungai di Bur Dubai. Ada juga persembahan silap mata. Makanannya takde la istimewa sangat pun. Tiket AED55 seorang. Pengalaman yang tidak menghampakan.
Pelabuhan Bebas Cukai di Dubai
 Merentasi Bur Dubai menggunakan Dhow Cruise ini pada malamnya
 Gold Land
 Hiasan yang agak menarik tetapi saya jumpa item ini di China
 Sebahagian daripada koleksi emas di sekitar Gold Souq (Dubai City of Gold)
 koleksi patch work berbatu yang banyak digunakan untuk abaya
Oasis Palm Floating Restaurant

Masa ni lah nak merasa makanan Arab. Pelbagai jenis. 

Hari Keempat:
Aktiviti Santai. Ke Dubai lagi. Jalan-jalan sekitar The Palm Island Dubai. Melihat keindahan senibina. Shopping minyak wangi sekitar Naif Road dan sekitar Masjid Al Futtaim.


Hari Kelima:
Hari ini ada aktiviti adventure. Pagi-pagi kami ke The Palm Island Dubai sekali lagi. Kemudian ke Ibnu Battuta Mall. Jalan-jalan, makan-makan. Kami dijemput oleh jip Desert Safari sekitar jam 2 petang untuk di bawa ke padang pasir. Perjalanan jauh sekitar 30-45 minit ke padang pasir. Kembara roller coaster bermula sekitar 1 jam. Berhenti seketika untuk ambil gambar. Kemudian terus makan malam sambil dihiburkan dengan tarian gelek dan pelbagai aktiviti lain. Makan minum ringan, menunggang unta serta melukis henna adalah termasuk di dalam tiket. Tiket AED150 seorang

Aktiviti Desert Safari dan persembahan padang pasir (tarian gelek dan sufi dance)


Hari Keenam (jumaat):
Hari ini perjalanan agak panjang. Ke Abu Dhabi sekitar 2 jam perjalanan. Pertama sekali ke Yas Marina Circuit dan Ferrari World. Ferrari World tidak beroperasi pada hari Jumaat oleh itu tak berpeluang untuk masuk. Solat Jumaat di Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi. Masuk ke Global Village. Tiket AED10 seorang. Banyak pameran produk makanan dan pakaian. Sayangnya booth Malaysia tak ada bawa apa yang menarik.

Yas Marina Circuit - Ferrari World - Masjid Sheikh Zayed - Global Village

Hari Ketujuh:
Pulang. Flight sekitar Jam 8mlm. Aktiviti last minute shopping minyak wangi dan rempah di sekitar Ras Al Khaimah.

Kesimpulannya:
UAE sebuah negara besar. Untuk kembara ini kami menziarahi 3 daerah iaitu Dubai, Ras Al Khaimah dan Abu Dhabi. Kembara ke UAE sangat sesuai untuk pencinta senibina dan kaki shopping minyak wangi. Namun begitu, tidak jauh beza dengan Malaysia. Kita seolah-olah berada di Putrajaya dan KL sahaja.
Untuk solo traveller wanita, sebaiknya datang berteman. Ini adalah kerana terdapat daerah yang menghadkan penglibatan wanita di dalam aktiviti mereka seperti di Ras Al Khaimah.
Jika mengikuti program Desert Safari juga sebaiknya berteman kerana suasananya agak kurang menyenangkan andai bersendirian. Daerah Dubai masih OK kalau sekadar menikmati window shopping kerana ia bandar yang agak moden.
Tempat makan sangat banyak. Sediakan duit saja kerana kosnya yang sangat tinggi.
Bilik air yang sangat bersih dan indah siap boleh baring-baring lagi.
Penggunaan styrofoam dan tisu yang sangat banyak agak menakutkan saya.
Para peniaga yang kasar, ganas dan agak kurang berbudi bahasa. Namun jika berjumpa peniaga yang bukan dari kalangan orang Arab, mereka lebih bersopan sedikit.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu merancang kembara anda.
Selamat mengembara!!!

Slow Boat To Luang Prabang : A Tale Of Scams, Drugs and Blood.

thumbnail





LAOS. It's the third country I went to as a solo traveller. The most difficult country to like and travelling to Luang Prabang on a Slow Boat was the longest I ever had  to travel to get to a destination. It took two days! Two-gruelling days on a boat and believe me, they weren't joking about it being SLOW. It was very very slow.



The thing is, your overall journey really depends on the crowd that you're stuck with on the slow boat. If you get a small crowd with a bunch of locals and a few farangs then your trip could probably be very pleasant and quiet. But, during the high season this is very unlikely. Especially since this route is pretty popular with the young tourists because of one particular reason : Drugs.  Apparently, our stop over for the night is a very popular place to get drugs (particularly Marijuana) in Laos.

 "Anne look, their boat is much better than ours! They have tables" Anne eyed the boat and immediately agrees with me. "Yeah, this must be one of those VIP boats. The SLOW VIP" She said. Something about the word SLOW and VIP being in the same sentence made me laugh.


My slow boat crowd range between the drunken party people and the quiet locals. In between, there were solo travellers, travellers with friends, old people, couples, exhibitionist lovers and a whole bunch of Germans. We made a pretty good crowd. The party people were drunk most of the time but they were polite and they didn't make any scenes on the boat. They walked around the boat like it was a freaking cruise ship (sometimes, half-naked) but they didn't bother anyone. They were just a bunch of Canadians having a hell of a time! One of the guys, reminded me of Jack Black... so I called him Jack Black! Although he was not much to look at, Jack Black loved to be shirtless. Perhaps it's a Canadian Frat Boy thing or something. Didn't bother me but Anne did ask one of the German girls to tell him to pull his pants up! You should've seen these German girls... they were so outspoken and straight-forward. When Anne told her that, for a moment I thought she was really going to do it! I wish she did. That would've been funny.
We had a long conversation about this little huts on the hill-side. You see these views all the way to Luang Prabang. Why are those huts there? They might be something growing up there. What could it be? Justine (a French girl) asked me, Could it be mountain RICE? Had to tell her that it was definitely not mountain rice. .... Perhaps, it's weeds.



Pak Beng was the stop-over for the slow boat on day one. It's a small town in the outskirt of OudomXay, Laos. It seemed like a quiet sleepy town until the sun went down and you realized that the town came alive at night! People were drinking, singing, and smoking weed all night long. If you stay in the town area, you might not get any sleep at all.

We arrived in Pak Beng so much earlier than we expected. We were told that we would arrive at around 8pm. But we arrived at around 5pm. It was a pleasant surprise! My friends and I have paid for our rooms back in Huay Xai. We paid 500 baht each for our rooms. The price was for a fan room and tuk-tuk transfer from the pier to the guesthouse. What we didn't know was, there was never any tuk tuk. Apparently the guesthouse idea of a transport was a cattle truck! Yup, we were picked up by a rude guy in a cattle truck (at least I hope it was a cattle truck :( ). My friend Anne, was a little pissed about that but the cattle truck guy said.... If you are not happy, you can walk!! Even right now, when I try to remember about Lao Hospitality, THIS is what I remember very clearly - I lost count of the time when I was told that if I wasn't happy with anything, I can bloody walk! That, my friend, is Lao Hospitality at its best.

Shitty, but I do remember laughing the whole way to the guesthouse because I can't cry in front of all those people. So I laughed, seemed like a good way to handle the situation. When we passed the others (they were walking up a steep road) Anne managed to tell them "It's a cattle truck!!!" and I could hear the horror in her voice, it made me laughed even harder. But that was certainly not the worst part of our night in Pak Beng.

The German Girls


We got to our run-down guesthouse to find out that everyone else paid 200 baht for their rooms. We were ripped off by agents at Huay Xai. Anne wasn't going to let it go. She asked to speak to the guy in charge (rude cattle truck guy) and after a few heated exchanges with Anne, he was practically yelling at her in a loud voice! I wasn't very comfortable with the whole situation and by that time my self-preservation instinct kicked in, I told Anne to let it go because there was no reasoning with this guy ; We'll just write about all this on TripAdvisor and Agoda.

Our rooms were horrible! As soon as everyone checked themselves in, I could hear people complaining loudly about the state of their rooms. The next morning Anne told me about how she heard that the others had terrible rooms with broken showers and everything. She said at least our rooms were slightly better. We did all right I guess. I have to admit, Anne and I were somewhat happy that we got the better rooms. Does that make us bad people? Give us a break! We did pay extra for our rooms.

There was loud banging throughout the night. I had no idea what it was. At one point I swear I heard Jack Black, who was staying in the room above mine, broke his bed in the middle of the night! It was the sound of furniture breaking and it was so freaking loud. I slept, holding my bags close to me. I was afraid because the door wasn't very sturdy and people could break into my room easily. At this point, I already knew what Pak Beng was. I swear, when I read about Pak Beng and based on what my friends told me, I had absolutely no idea it was a Happy Little Drug Town; You could just walk around in town in the evening and some old man would walk up to you and ask you if you want to buy Marijuana? It was probably an awesome place for all the party people. But to me, it was terrifying!

The next morning, instead of getting on the cattle truck I opted to walk to town. I left a note in front of Anne and Mike's door saying :"HELLO ANNE AND MIKE, I HAVE DECIDED TO WALK SLOWLY TO THE PIER AND GET BREAKFAST IN TOWN. READ: I AM NOT GETTING ON THE CATTLE TRUCK EVER AGAIN!" And boy, I was glad I made that decision because I saw how many people were on the truck that morning... Cattle truck guy literally crammed everyone in the truck and drove them to the pier at top speed!

That morning, we got to our slow boat and noted that the slow boat was smaller than the boat we had the previous day. There were less leg space and it was made more uncomfortable when others began turning their seats here and there to find some sort of comfort. There were people trapped sitting in seats that were placed too close together for comfort. Others had their seats so far apart they could give birth to a  bloody pygmy elephant in their leg spaces. Pretty inconsiderate, but no one really cared about each other's comforts any more at that point, everyone was just trying to get through the day.
Jack Black negotiating with Lao Police. The Lao Police refused to have his photo taken so I had to take this from above.

When we arrived, we were dropped off some 10km away from town. This, people, is a well executed scam. Almost everyone on the boat knew about this from the various travel blogs they read online. So, what happened was, we refused to be scammed! When the boat stopped at the so called 'new pier', we refused to get off the boat unless they send us to the old pier at Luang Prabang. This was when things got very ugly very fast. We were arguing with the people from the boat and some people from the tuk tuk company. Jack Black (not his real name) was negotiating with them and NZ guy was provoking them. Threats were thrown... we even begged them but they were not budging. I was content to watch the whole commotion from the back until the boat crew did something that really pissed me off. They were removing our bags from the stomach of the boat in their attempt to get us off the boat and I saw my backpack got thrown out of the boat onto the dirty pier! I saw red. That, my friend, was when I began swearing like a bloody Ozzie. I quickly came to the front of the boat, took my backpack, got it back into the boat, and joined the the French Revolution! (I mean, join the argument).

They threatened to call the police, we were not intimidated. Told them to bloody get the police there and we would talk.... the thing was, we were so sure that there were no police there because we knew that it was an elaborate scam. But, the police did come a few hours later. It was a scam but the police was in on it too. So we realized that there was no way we could win the argument. Some were still adamant to stay but most of us were just too tired to argue. We decided to get our bags and go.

Lo and Behold, The Newly Upgraded Boat Pier.

Of course we all made another scene at the tuk tuk station above refusing to pay extra for the tuk tuk ride to town. In a show of protest, we decided to try to walk  to town. This was a very bad idea. Not only, were we clueless about where we were going. It was also a long long walk to town. We were tired, I had blisters on my feet and our backpacks were very very heavy! Anne was mumbling on her own. She said they must think we were bloody stupid. They must have said something like "Man, those Farangs are stupid. I have seen many Farangs but they're the stupidest Farangs I have ever seen". It was so funny. But no one laughed. We were too tired. The younger people were walking like 1km ahead of us. We were so slow I was afraid we might get separated from the group. Mike was telling me to walk ahead, no need to wait for them. But what he didn't know was, I wasn't walking that slow on purpose. I was really that SLOW. In the end, four of us were somewhat left behind; Mike, Anne, Mary (A chinese lady) and I. We walked about 2km until the tuk tuk drivers came and made cheaper deals with us. We end up paying 50,000 kip for an entire tuk tuk ride to town. Between the four of us, we only had to fork out about 50 baht each. We were the first group to sell out and get a tuk tuk. The rest, saw what we did and followed suit. They didn't read our hand signals well, so they end up paying more. Too bad for them.

On our way to town. We all agreed that it was a horrible experience. What a way to get into another country; Scams, Drugs, Alcohol and Blood (from the blisters on my feet I got from the cliff at the scamming Slow Boat pier)

But of course... It was not all bad. In the end, it become one hell of a story to tell. Isn't this one hell of a story?

We are the Slow Boat Survivors!!

Originally posted on : Prozak-Nation.Com : The Cutting Edge of Dullness

Selatan Thailand - Hotel dan pantai

thumbnail
Perjalanan yg x di rancang..nak ke jb bleh plak tetiba tkr arah ke pantai timur & selatan thai..passport lg 5 bln nak expired.terpaksalah renew kat tganu..nasiblah bw..Alhamdulillah pjalanan lancar..
Melaka-Tganu-klantan-takbai-narathiwat-pattani-songkhla-hatyai-BKH-melaka..
Spnjg pjalann dr takbai-narathiwat-pattani byk road block..Ada sorang pakcik tu keja di feri takbai, dia klu blik perlis lalu thai..dia btau ada 40 road block jarak 5km tiap satu.. Sy x kira la plak..mmg byk la.tgk askar pgang senapang dah mcm nak perang pon ada...Hehehe.Tp jgn cuak, jgn risau,diorang cuma jaga kselamatan je.x tahan pon keta.

Hotel bajet


Snjg pjalanan seronok x letih drive dpt tgk kg2, budaya diorang yg berniaga..motor roda 3 yg bw brg,lori2.. Majoriti islam.Tepi2 jalan ada je kedai..buah2an murah!
Kami tido 1 mlm d tganu,klantan, pattani, hatyai.. Hotel bajet rm79-100/night.... Pling best hotel d pttani & hat yai mcm 5* harga murah! Tiap2 tmpt kami akn singgah tgk2 tmpt yg mnarik n teruskan pjalanan..cari mknan yg unik yg xda kat tmpt kta.. Pantai2 di thai sgt cantik..makan sedap.dpt rs mskn ori thai. Pattani ddk hotel cs pattani hotel, hatyai v.l hotel..hatyai x abis explore..kena dtg lagi...hehehe

-Rafidah AK-





3 Gambar Hidden paradise di Sumatra Utara

thumbnail
Saya tak pernah lagi ke Sumatra Utara nih. Ada tempat menarik nih, gambar saya ambil dari FB memang menarik.

Rasa macam nak ke sana plak. Saya kongsikan gambar kat Sumatra Utara nih untuk menaikkan keghairahan korang pergi travel.

3 Gambar Hidden paradise di Sumatra Utara





Selamat Melancong.



Senarai negara yang perlu dan tak perlu visa ketika travel

thumbnail
Ini yang best kalau ada group travel nih. Ada jer info yang di terima. Kali ni plak info yang di beri oleh Abdol Apit dan di tag nama saya oleh Zainie Othman berkenaan dengan negara yang perlu dan tak perlu visa ketika travel.

Benda berkaitan dokumen seperti visa ni sangat penting ketika travel ke negara orang. Jadi hati-hati dan sila ambil peduli supaya tiada masalah berbangkit nanti.



Senarai negara yang perlu dan tak perlu visa ketika travel


Kalau korang minat nak tahu, korang boleh ambil Senarai negara yang perlu dan tak perlu visa ketika travel kat link di bawah:

Senarai negara yang perlu dan tak perlu visa ketika travel
Contoh Visa



Selamat Travel.

Kembara Sengkek : Tangkuban Prahu

thumbnail



Bila berjalan sendirian, kita bertemu pelbagai jenis manusia. Bukanlah Cik Bee maksudkan sekiranya berjalan beramai-ramai kita tidak akan berkesempatan bertemu ramai orang... tetapi maksudnya bila bersendirian kita ada lebih masa untuk memerhati orang. Iya lah, jika sudah sendirian tidak punya teman bicara harus buat apa lagi kalo di khalayak ramai?... Jadinya kita lebih banyak memerhati orang sekeliling. Not in a creepy way. But you know what I mean!

Semasa di Tangkuban Prahu sempat berkenalan dengan Pak Nanang. Pak Nanang ialah salah seorang daripada penjual cenderamata a.k.a pemandu pelancong di situ. Pada awalnya, Cik Bee dikerumuni segerombolan pemandu pelancong yang menawarkan khidmat mereka secara percuma dengan syarat sebelum balik nanti Cik Bee akan membeli sedikit barangan jualan mereka. Memandangkan Cik Bee sudah membaca mengenai situasi ini di forum Tripadvisor, Cik Bee sudah tahu lebih awal untuk mengelak daripada menjadi mangsa pemandu-pemandu pelancong ini. Bagi sesiapa yang belum tahu, pelancong digalakan untuk tidak mengendahkan mereka dan tidak mengambil sebarang inisiatif untuk bercakap dengan mereka. Ini bukan kerana kita ingin berlaku kurang ajar kepada penduduk tempatan. Ini kerana saban hari ada saja cerita pelancong yang telah ditipu di taman wisata alam ini. Sebagai rujukan sila lah ke forum-forum tertentu di Tripadvisor.

Pak Nanang


Tapi entah mengapa walaupun pemandu-pemandu pelancong lain sudah berputus asa untuk memujuk Cik Bee, Pak Nanang masih setia mengiringi sambil menerangkan perihal taman wisata alam ini satu persatu walaupun Cik Bee pada awalnya buat endah tak endah sahaja. Dah Tripadvisor dan makcik-makcik berpengalaman ajar macam tu! Nak buat camana lagi? Tapi kan,tiba-tiba boleh timbul rasa kesian. Rasa bersalah pun ada, ye lah, orang dok terangkan pada kita dengan gigih kita buat endah tak endah tak ke kurang ajar macam tu? Pantang keturunan Cik Bee kurang ajar pada orang yang berbuat baik. Jadi nak dipendekkan cerita, akhirnya Cik Bee layan je lah pemandu pelancong a.k.a penjual tasbih ni. Niat dalam hati, dihujung nanti bagi sedikit tip sebagai sedekah.

Pak Nanang ni penduduk yang tinggal di kampung yang berdekatan dengan taman wisata alam ini. Menurut Pak Nanang, sebab terlalu ramai orang yang ingin berniaga di situ pihak pengurusan wisata alam ni cuma benarkan setiap orang untuk datang berniaga di sana sekali seminggu sahaja. Sempat cik Bee bertanya, jadi hari lain Pak Nanang berniaga di mana? Hari lain buat kerja kampung, jawabnya.

Tumbuhan herba


Baik tau Pak Nanang ni, dia tengok Cik Bee cam semput je jalan ikut trail tu jadi dia bawa lah tengok tumbuh-tumbuhan herba di situ. Dapatlah menarik nafas sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Salah satu dari pada tumbuhan tu ialah sejenis akar kayu... nama dia, cik Bee dah tak berapa ingat. Kalau tak silap... Wirsa Naga atau Wisata Naga... atau Dragon Ball... tah, tak ingat lah... yang penting ada perkataan naga tu.
18
Ni dia... Wirsa Naga (or NOT). Pak Nanang siap bungkus dalam plastik suruh bawa balik.

Kononnya tumbuhan ini sesuai direndam dan diminum airnya. Untuk kesihatan badan. Menurut Pak Nanang ramai pelancong dari China yang suka mengambil tumbuhan tersebut untuk di bawa pulang kerana khasiatnya hampir sama dengan Ginseng. Memandangkan pengetahuan ubatan-ubatan tradisional Cik Bee boleh dikategorikan sebagai 'non-existent'... Maka, tidak boleh disahkan sama ada ini fakta betul atau auta. Tapi benda ni masih ada Cik Bee simpan dalam backpack. Sudah kering!
Tangkuban Prahu ni ada beberapa kawah yang terkenal. Yang paling terkenal ialah Kawah Ratu. Kawah paling besar sekali di situ. Boleh tengok gambar di bawah. 23
Kawah lain ialah Kawah Upas. Tapi masa tu Kawah Upas ditutup sebab tengah aktif jadi tidak berkesempatan untuk ke sana. Takda gambar ye. Nampak dari jauh je berasap-asap. Dalam gambar di bawah boleh nampak sedikit asap Kawah Upas ni, on the horizon.
24
Cik Bee tak jalan sampai ke air keramat sebab masa tu tak ramai orang dan sunyi. Cuma ada pak Nanang ja. Walaupun pak Nanang orang baik... Cik Bee tak nak le masuk gua sorang sorang ngan orang yang tak dikenali kan? Jadi Cik Bee amik keputusan untuk balik the check point pertama tu. Sebelum tu sempat juga amik satu tasbih buat kenang-kenangan.
21
Pandai juga Pak Nanang amik gambar. Ada juga lah gambar kenangan hasil susah payah panjat sampai hujung tu. Terima kasih Pak Nanang.

Ini cuma salah satu cerita kembara solo sengkek saya. Jika ada keterluangan saya akan berkongsi lagi. Masa kurang sikit sebab sibuk kumpul dana untuk kembara solo yang seterusnya. Kepada yang masih berfikir-fikir untuk terbang melihat dunia luar. Don't think too much, just do it!

3 Panduan travel ke luar negara

thumbnail
Mesti korang suka jalan-jalan atau melancong ke luar negara kan. Bagi yang dah biasa melancong ke luar negara nih, mereka dah ada banyak pengalaman. Tetapi bagi yang masih baru, atau first time travel ke luar negara, korang ke berhati-hati sikit.

Sebab negara orang tak sama dengan negara kita. Kalau kat Malaysia boleh buat sesuatu perkara, kat negara luar belum tentu perkara tersebut di benarkan. Jadi hati-hati yer kekawan.

Saya terfikir untuk berkongsi tip atau panduan bile melancong ke luar negara. Tip dan panduan melancong ni berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga hasil bacaan saya kat blog dan juga majalah travel.

Panduan melancong ke luar negara


Passport seperti nyawa korang


Passport kena jaga betul. Buat salinan passport awal-awal sebelum melancong ni. Kalau hilang, salinan ada lagi kan. Kad pengenalan hanya terpakai di negara kite je, negara lain belum tentu nak terima kad pengenalan kita.

tip melancong ke luar negara
Passport sangat penting sewakti travel


Jadi passport lah dokumen paling penting. Sentiasa bawak bersama korang. Letak dalam beg dan jaga betul sebab kat luar sana ramai pencuri berkeliaran terutama kat kawasan yang ramai orang. Pelancong / travellers / backpackers memang menjadi sasaran diorang.

Kalau berlaku kecurian, terus laporkan kat polis kawasan berkenaan, mudah untuk berurusan. Ambil report polis untuk buat passport sementara.

Duit belanja


Duit untuk jalan-jalan atau beli cenderahati kat kekawan m saudara mara. Pastikan bawa duit lebih, jangan bawak ngam2 jer. Nak jalan-jalan mesti ler kumpul duit banyak kat negara orang takut berlaku perkara yang kita tak boleh jangkakan.

Kadang-kadang terlebih belanja. Memang boleh kita minta tolong famili ke, ataupun ambil duit kat bank tetapi tak semudah yang kita fikirkan. Kadang-kadang bank tutup, kadang-kadang kena aktifkan akaun dulu untuk di gunakan di luar negara dan macam-macam lagih.

kos travel ke korea
Jangan lupa bawa duit lebih semasa travel


Pastikan kredit kad korang boleh di gunakan di luar negara. Sebelum travel, telefon penyedia kredit kad, makluman korang nak ke negara mana. Jika kredit kad hilang, sila lapurkan dengan segara kepada bank.

Tepati masa


Ini penting jugak la. Kena tepati masa kalau tak, kos mungkin meningkat. Contohnya kalau terlepas flight, camne tuh. Kat negara sendiri ok lagih, kalau kat airport negara orang, tak ke naya. Kena tambah duit plak tuh, lagi kesian. Balik dari travel, susah hati.

Kurangkan tido kt bilik. Rugi ooo datang jauh-jauh keluar belanja, last-last  lepak hotel jer, mana best. Biasa kalau dgn famili cam nih ler, susah nak gerak sana sini kalau ada budak-budak.

Kalau backpack muda mudi, remaja riang ria, yang ni best. Macam-macam aktiviti boleh buat, outdoor paling menarik la. Yang tak lasak pun jadi lasak.

Itu je 3 Panduan travel ke luar negara yang saya nak kongsikan. Banyak lagi panduan-panduan lain bakal menyusul. Korang perati-peratikanlah blog nih dari masa ke semasa.

Oh ya, jangan lupa like fb kami untuk tip dan pengalaman travel admin-admin dan penulis-penulis blog  ini - tq.

Salam travel.