Home » » Kembara UAE

Kembara UAE

United Arab Emirates merupakan destinasi pertama ziarah saya keluar dari bumi Malaysia. 
Saya perlu mengenali bumi Arab sebelum meneruskan perjuangan ke China.
Istimewanya saya membawa bersama kedua ibu bapa dan adik bersekali.

Kos terlibat:
Visa: Tiada
Hari: 6 
Flight MAS RM1800 two way x 5pax = RM7200
Ground: Accommodation & Transport = NA
Tiket (aktiviti MESTI CUBA kalau berada di UAE):
Underwater world: AED110 seorang
Floating Restaurant: AED55 seorang
Desert Safari: AED150 seorang
Global Village Abu Dhabi: AED10 seorang

Hari Pertama:
Sampai di Dubai Airport sekitar jam 5 pagi. Sempat solat subuh di surau airport. Cuaca agak dingin. Kami menginap di Ras Al Khaimah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di bahagian Utara UAE. 1 jam perjalanan berkereta merentas lebuhraya dihiasi pemandangan unta padang pasir. 
Di sebelah malamnya kami ke kawasan persekitaran Al Mamourah Road memborong minyak wangi dan saffron. Itu adalah program pertama yang paling penting. Pelbagai jenis minyak wangi yang harum semerbak sepanjang perjalanan.

 Pemandangan dari tingkap balkoni
Pemandangan pelabuhan RAS Al Khaimah dari tingkap dapur


 Sekitar Al Mourah Road yang dilimpahi haruman minyak wangi dan pelbagai kerlipan abaya tempah siap 24 jam

Saffron pelbagai gred

Hari Kedua:
Aktiviti santai. Melawat Burj Dubai dan Jumeirah Beach. Burj Khalifah. Dubai Mall. Underwater World di dalam Dubai Mall. Beri makan ikan dengan menaiki bot kecil di dalam akuarium.Tiket AED110 seorang. Di hadapan Souq Al Bahar ada pertunjukan dancing fountain yang dipenuhi ramai pengunjung. Ala-ala KLCC di Malaysia.

Big Bus Tours yang tak sempat nak naik. 


 Burj Dubai
Jumeirah Beach di belakang Burj Dubai

 Underwater World Dubai Mall 
- ramai pengunjung, tiada perbezaan dengan Aquaria KLCC, tetapi Aquaria KLCC lebih banyak dan lebih besar

 Burj Khalifa waktu malam dari arah Dubai Mall (Souq al Bahar)
Persembahan dancing fountain di Dubai Mall berhampiran Souq Al Bahar

Hari Ketiga:
Aktiviti Santai. Menziarahi lokasi emas perhiasan di Dubai City of Gold. Naif Market untuk melihat pelbagai cenderahati. Ala-ala Central Market di KL. Kami berjalan di lorong-lorong kecil mencari apa yang menarik untuk dibeli. Pada sebelah malamnya kami makan malam di Floating Restaurant. Sambil makan menikmati cruise sepanjang sungai di Bur Dubai. Ada juga persembahan silap mata. Makanannya takde la istimewa sangat pun. Tiket AED55 seorang. Pengalaman yang tidak menghampakan.
Pelabuhan Bebas Cukai di Dubai
 Merentasi Bur Dubai menggunakan Dhow Cruise ini pada malamnya
 Gold Land
 Hiasan yang agak menarik tetapi saya jumpa item ini di China
 Sebahagian daripada koleksi emas di sekitar Gold Souq (Dubai City of Gold)
 koleksi patch work berbatu yang banyak digunakan untuk abaya
Oasis Palm Floating Restaurant

Masa ni lah nak merasa makanan Arab. Pelbagai jenis. 

Hari Keempat:
Aktiviti Santai. Ke Dubai lagi. Jalan-jalan sekitar The Palm Island Dubai. Melihat keindahan senibina. Shopping minyak wangi sekitar Naif Road dan sekitar Masjid Al Futtaim.


Hari Kelima:
Hari ini ada aktiviti adventure. Pagi-pagi kami ke The Palm Island Dubai sekali lagi. Kemudian ke Ibnu Battuta Mall. Jalan-jalan, makan-makan. Kami dijemput oleh jip Desert Safari sekitar jam 2 petang untuk di bawa ke padang pasir. Perjalanan jauh sekitar 30-45 minit ke padang pasir. Kembara roller coaster bermula sekitar 1 jam. Berhenti seketika untuk ambil gambar. Kemudian terus makan malam sambil dihiburkan dengan tarian gelek dan pelbagai aktiviti lain. Makan minum ringan, menunggang unta serta melukis henna adalah termasuk di dalam tiket. Tiket AED150 seorang

Aktiviti Desert Safari dan persembahan padang pasir (tarian gelek dan sufi dance)


Hari Keenam (jumaat):
Hari ini perjalanan agak panjang. Ke Abu Dhabi sekitar 2 jam perjalanan. Pertama sekali ke Yas Marina Circuit dan Ferrari World. Ferrari World tidak beroperasi pada hari Jumaat oleh itu tak berpeluang untuk masuk. Solat Jumaat di Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi. Masuk ke Global Village. Tiket AED10 seorang. Banyak pameran produk makanan dan pakaian. Sayangnya booth Malaysia tak ada bawa apa yang menarik.

Yas Marina Circuit - Ferrari World - Masjid Sheikh Zayed - Global Village

Hari Ketujuh:
Pulang. Flight sekitar Jam 8mlm. Aktiviti last minute shopping minyak wangi dan rempah di sekitar Ras Al Khaimah.

Kesimpulannya:
UAE sebuah negara besar. Untuk kembara ini kami menziarahi 3 daerah iaitu Dubai, Ras Al Khaimah dan Abu Dhabi. Kembara ke UAE sangat sesuai untuk pencinta senibina dan kaki shopping minyak wangi. Namun begitu, tidak jauh beza dengan Malaysia. Kita seolah-olah berada di Putrajaya dan KL sahaja.
Untuk solo traveller wanita, sebaiknya datang berteman. Ini adalah kerana terdapat daerah yang menghadkan penglibatan wanita di dalam aktiviti mereka seperti di Ras Al Khaimah.
Jika mengikuti program Desert Safari juga sebaiknya berteman kerana suasananya agak kurang menyenangkan andai bersendirian. Daerah Dubai masih OK kalau sekadar menikmati window shopping kerana ia bandar yang agak moden.
Tempat makan sangat banyak. Sediakan duit saja kerana kosnya yang sangat tinggi.
Bilik air yang sangat bersih dan indah siap boleh baring-baring lagi.
Penggunaan styrofoam dan tisu yang sangat banyak agak menakutkan saya.
Para peniaga yang kasar, ganas dan agak kurang berbudi bahasa. Namun jika berjumpa peniaga yang bukan dari kalangan orang Arab, mereka lebih bersopan sedikit.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu merancang kembara anda.
Selamat mengembara!!!


Terima kasih kerana membaca Kembara UAE.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Post a Comment

Tulis Mesej Anda di sini...