Home » » 3 Panduan travel ke luar negara

3 Panduan travel ke luar negara

Mesti korang suka jalan-jalan atau melancong ke luar negara kan. Bagi yang dah biasa melancong ke luar negara nih, mereka dah ada banyak pengalaman. Tetapi bagi yang masih baru, atau first time travel ke luar negara, korang ke berhati-hati sikit.

Sebab negara orang tak sama dengan negara kita. Kalau kat Malaysia boleh buat sesuatu perkara, kat negara luar belum tentu perkara tersebut di benarkan. Jadi hati-hati yer kekawan.

Saya terfikir untuk berkongsi tip atau panduan bile melancong ke luar negara. Tip dan panduan melancong ni berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga hasil bacaan saya kat blog dan juga majalah travel.

Panduan melancong ke luar negara


Passport seperti nyawa korang


Passport kena jaga betul. Buat salinan passport awal-awal sebelum melancong ni. Kalau hilang, salinan ada lagi kan. Kad pengenalan hanya terpakai di negara kite je, negara lain belum tentu nak terima kad pengenalan kita.

tip melancong ke luar negara
Passport sangat penting sewakti travel


Jadi passport lah dokumen paling penting. Sentiasa bawak bersama korang. Letak dalam beg dan jaga betul sebab kat luar sana ramai pencuri berkeliaran terutama kat kawasan yang ramai orang. Pelancong / travellers / backpackers memang menjadi sasaran diorang.

Kalau berlaku kecurian, terus laporkan kat polis kawasan berkenaan, mudah untuk berurusan. Ambil report polis untuk buat passport sementara.

Duit belanja


Duit untuk jalan-jalan atau beli cenderahati kat kekawan m saudara mara. Pastikan bawa duit lebih, jangan bawak ngam2 jer. Nak jalan-jalan mesti ler kumpul duit banyak kat negara orang takut berlaku perkara yang kita tak boleh jangkakan.

Kadang-kadang terlebih belanja. Memang boleh kita minta tolong famili ke, ataupun ambil duit kat bank tetapi tak semudah yang kita fikirkan. Kadang-kadang bank tutup, kadang-kadang kena aktifkan akaun dulu untuk di gunakan di luar negara dan macam-macam lagih.

kos travel ke korea
Jangan lupa bawa duit lebih semasa travel


Pastikan kredit kad korang boleh di gunakan di luar negara. Sebelum travel, telefon penyedia kredit kad, makluman korang nak ke negara mana. Jika kredit kad hilang, sila lapurkan dengan segara kepada bank.

Tepati masa


Ini penting jugak la. Kena tepati masa kalau tak, kos mungkin meningkat. Contohnya kalau terlepas flight, camne tuh. Kat negara sendiri ok lagih, kalau kat airport negara orang, tak ke naya. Kena tambah duit plak tuh, lagi kesian. Balik dari travel, susah hati.

Kurangkan tido kt bilik. Rugi ooo datang jauh-jauh keluar belanja, last-last  lepak hotel jer, mana best. Biasa kalau dgn famili cam nih ler, susah nak gerak sana sini kalau ada budak-budak.

Kalau backpack muda mudi, remaja riang ria, yang ni best. Macam-macam aktiviti boleh buat, outdoor paling menarik la. Yang tak lasak pun jadi lasak.

Itu je 3 Panduan travel ke luar negara yang saya nak kongsikan. Banyak lagi panduan-panduan lain bakal menyusul. Korang perati-peratikanlah blog nih dari masa ke semasa.

Oh ya, jangan lupa like fb kami untuk tip dan pengalaman travel admin-admin dan penulis-penulis blog  ini - tq.

Salam travel.



Terima kasih kerana membaca 3 Panduan travel ke luar negara.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Post a Comment

Tulis Mesej Anda di sini...