Home » , » Kembara Sengkek : Tangkuban Prahu

Kembara Sengkek : Tangkuban Prahu




Bila berjalan sendirian, kita bertemu pelbagai jenis manusia. Bukanlah Cik Bee maksudkan sekiranya berjalan beramai-ramai kita tidak akan berkesempatan bertemu ramai orang... tetapi maksudnya bila bersendirian kita ada lebih masa untuk memerhati orang. Iya lah, jika sudah sendirian tidak punya teman bicara harus buat apa lagi kalo di khalayak ramai?... Jadinya kita lebih banyak memerhati orang sekeliling. Not in a creepy way. But you know what I mean!

Semasa di Tangkuban Prahu sempat berkenalan dengan Pak Nanang. Pak Nanang ialah salah seorang daripada penjual cenderamata a.k.a pemandu pelancong di situ. Pada awalnya, Cik Bee dikerumuni segerombolan pemandu pelancong yang menawarkan khidmat mereka secara percuma dengan syarat sebelum balik nanti Cik Bee akan membeli sedikit barangan jualan mereka. Memandangkan Cik Bee sudah membaca mengenai situasi ini di forum Tripadvisor, Cik Bee sudah tahu lebih awal untuk mengelak daripada menjadi mangsa pemandu-pemandu pelancong ini. Bagi sesiapa yang belum tahu, pelancong digalakan untuk tidak mengendahkan mereka dan tidak mengambil sebarang inisiatif untuk bercakap dengan mereka. Ini bukan kerana kita ingin berlaku kurang ajar kepada penduduk tempatan. Ini kerana saban hari ada saja cerita pelancong yang telah ditipu di taman wisata alam ini. Sebagai rujukan sila lah ke forum-forum tertentu di Tripadvisor.

Pak Nanang


Tapi entah mengapa walaupun pemandu-pemandu pelancong lain sudah berputus asa untuk memujuk Cik Bee, Pak Nanang masih setia mengiringi sambil menerangkan perihal taman wisata alam ini satu persatu walaupun Cik Bee pada awalnya buat endah tak endah sahaja. Dah Tripadvisor dan makcik-makcik berpengalaman ajar macam tu! Nak buat camana lagi? Tapi kan,tiba-tiba boleh timbul rasa kesian. Rasa bersalah pun ada, ye lah, orang dok terangkan pada kita dengan gigih kita buat endah tak endah tak ke kurang ajar macam tu? Pantang keturunan Cik Bee kurang ajar pada orang yang berbuat baik. Jadi nak dipendekkan cerita, akhirnya Cik Bee layan je lah pemandu pelancong a.k.a penjual tasbih ni. Niat dalam hati, dihujung nanti bagi sedikit tip sebagai sedekah.

Pak Nanang ni penduduk yang tinggal di kampung yang berdekatan dengan taman wisata alam ini. Menurut Pak Nanang, sebab terlalu ramai orang yang ingin berniaga di situ pihak pengurusan wisata alam ni cuma benarkan setiap orang untuk datang berniaga di sana sekali seminggu sahaja. Sempat cik Bee bertanya, jadi hari lain Pak Nanang berniaga di mana? Hari lain buat kerja kampung, jawabnya.

Tumbuhan herba


Baik tau Pak Nanang ni, dia tengok Cik Bee cam semput je jalan ikut trail tu jadi dia bawa lah tengok tumbuh-tumbuhan herba di situ. Dapatlah menarik nafas sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Salah satu dari pada tumbuhan tu ialah sejenis akar kayu... nama dia, cik Bee dah tak berapa ingat. Kalau tak silap... Wirsa Naga atau Wisata Naga... atau Dragon Ball... tah, tak ingat lah... yang penting ada perkataan naga tu.
18
Ni dia... Wirsa Naga (or NOT). Pak Nanang siap bungkus dalam plastik suruh bawa balik.

Kononnya tumbuhan ini sesuai direndam dan diminum airnya. Untuk kesihatan badan. Menurut Pak Nanang ramai pelancong dari China yang suka mengambil tumbuhan tersebut untuk di bawa pulang kerana khasiatnya hampir sama dengan Ginseng. Memandangkan pengetahuan ubatan-ubatan tradisional Cik Bee boleh dikategorikan sebagai 'non-existent'... Maka, tidak boleh disahkan sama ada ini fakta betul atau auta. Tapi benda ni masih ada Cik Bee simpan dalam backpack. Sudah kering!
Tangkuban Prahu ni ada beberapa kawah yang terkenal. Yang paling terkenal ialah Kawah Ratu. Kawah paling besar sekali di situ. Boleh tengok gambar di bawah. 23
Kawah lain ialah Kawah Upas. Tapi masa tu Kawah Upas ditutup sebab tengah aktif jadi tidak berkesempatan untuk ke sana. Takda gambar ye. Nampak dari jauh je berasap-asap. Dalam gambar di bawah boleh nampak sedikit asap Kawah Upas ni, on the horizon.
24
Cik Bee tak jalan sampai ke air keramat sebab masa tu tak ramai orang dan sunyi. Cuma ada pak Nanang ja. Walaupun pak Nanang orang baik... Cik Bee tak nak le masuk gua sorang sorang ngan orang yang tak dikenali kan? Jadi Cik Bee amik keputusan untuk balik the check point pertama tu. Sebelum tu sempat juga amik satu tasbih buat kenang-kenangan.
21
Pandai juga Pak Nanang amik gambar. Ada juga lah gambar kenangan hasil susah payah panjat sampai hujung tu. Terima kasih Pak Nanang.

Ini cuma salah satu cerita kembara solo sengkek saya. Jika ada keterluangan saya akan berkongsi lagi. Masa kurang sikit sebab sibuk kumpul dana untuk kembara solo yang seterusnya. Kepada yang masih berfikir-fikir untuk terbang melihat dunia luar. Don't think too much, just do it!


Terima kasih kerana membaca Kembara Sengkek : Tangkuban Prahu.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 komen:

Tulis Mesej Anda di sini...